Thursday, December 30, 2010

Buku Rujukan No. 4 : Coins & Coin Collecting



Judul Buku : The Complete Illustrated Guide To Coins & Coin Collecting
Bahasa : Bahasa Inggeris
Penulis : Dr. James Mackay
Penerbit : Hermes House
Tahun Cetakan : Cetakan Kedua, Tahun 2007
Jumlah Muka Surat : 256
Harga : RM29.90 (MPH)

Wednesday, December 29, 2010

Syiling : $1 Tahun 1971




Syiling : $1 (1 Ringgit)
Negara : Malaysia
Tahun Keluaran : 1971
Bahan : Copper-Nickel
Jumlah Keluaran : 2,378,995 Keping

Berita : Pesona Cinta Wang Lama

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

Md. Noor Sepiey menunjukkan sekeping syiling lima sen yang pernah digunakan di Amerika Syarikat dan sekeping wang kertas Malaya Borneo ketika ditemui di rumahnya di Taman Jawi Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang, baru-baru ini.

--------------------------------------------------



NIBONG TEBAL 31 Dis. - Semuanya bermula sekitar 1988 apabila seorang rakan mencabarnya mencari syiling 50 sen keluaran terhad tahun 1950 yang ketika itu menjadi buruan peminat wang lama ekoran keunikan syiling tersebut yang seolah-olah berbentuk dua lapis.

Ketika itu juga, pengumpul-pengumpul wang lama percaya antara dua lapisan syiling itu terdapat salutan emas di tengah-tengahnya.

''Dia (rakan) berseloroh kata saya mungkin perlu kembali ke masa lalu untuk mendapatkannya. Ketika itu saya benar-benar rasa tercabar," kata bekas tentera Md. Noor Sepiey ketika ditemui di rumahnya di Taman Jawi Indah di sini baru-baru ini.

Akhirnya, 16 Ogos 1988 menjadi tarikh yang istimewa bagi Md. Noor, 44, apabila dia berjaya mendapatkan syiling berkenaan daripada seorang rakan.

Dari situ minatnya mengumpul koleksi duit lama mula bercambah dan setelah lebih 22 tahun, koleksi wang lama Md. Noor sangat mengagumkan.

Walaupun belum layak dijadikan muzium, tetapi melihat himpunan wang lama yang terhias di segenap sudut rumahnya, sedikit sebanyak menceritakan perkembangan sejarah mata wang di negara ini.

Md. Noor petah bercerita mengenai hobinya sambil menunjukkan wang kertas miliknya yang kebanyakannya disimpan rapi dalam album-album khas selain ada yang dibingkaikan manakala wang syiling pula disimpan di dalam bekas-bekas kaca.

Percaya atau tidak, duit syiling yang dipercayai digunakan ketika zaman kerajaan Majapahit iaitu sekitar 1526 juga terdapat dalam simpanan Md. Noor selain koleksi syiling ketika era pemerintahan Inggeris.

Turut ada dalam simpanannya ialah wang zaman pemerintahan Jepun yang juga dikenali sebagai duit 'pokok pisang' tertulis '1 dollar' dan '10 dollar' Jepun yang dikeluarkan untuk keperluan dalam negara pada zaman tersebut.

Md. Noor juga ada menyimpan wang kertas satu dolar Malaya Borneo dengan lambang kapal layar, 10 dolar Malaya British Borneo dengan gambar kerbau yang unik dengan gelaran 'wang hidup' kerana boleh melengkung dengan sendirinya jika diletakkan di permukaan rata.

Dia turut menyimpang mata wang negara lain termasuk Bhutan, Somalia, Bosnia Herzegovina, Afghanistan dan Timor Leste.

Ditanya mengenai kepuasan mengumpul duit lama, Md. Noor berkata, dia teruja melihat perubahan wang dari satu zaman ke satu zaman.

''Ia seolah-olah membawa kita melihat perubahan zaman. Kita dapat tahu bagaimana bentuk wang syiling bukanlah bulat seperti yang ada pada masa ini, ada yang berlubang di tengah dan ada yang bersegi-segi malah ada yang sebesar tapak tangan orang dewasa," ujarnya.

Selain itu katanya, hobi tersebut mengajarnya untuk mengenal erti hidup selain memahami bahawa wang bukanlah segala-galanya.

Bapa kepada lima anak itu menceritakan bagaimana dia pernah terlalu obses mengumpul wang dengan sanggup membeli koleksi daripada orang lain sehingga terlupa memberi duit dapur kepada isterinya, Habsah Man, 39.

''Tiba-tiba suatu hari isteri beritahu dia mengambil wang daripada koleksi simpanan saya untuk membeli barang dapur. Saya tak marah malah saya tergamam dan sedar bahawa saya sudah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya," katanya.

Peristiwa itu katanya, memberi pengajaran sangat bermakna kepada dirinya supaya tidak menjadi hamba duit.

''Sebab itu saya amat menghargai wang. Apabila melihat orang membuang duit satu sen, saya rasa sedih kerana mereka tidak sedar, duit itu walaupun sekecil mana nilainya mungkin boleh membantu kita satu hari nanti," katanya.

Dia turut menyimpan duit yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti wang kertas RM20, RM500 dan RM1,000 serta syiling RM1 berkeris emas.

Terdapat dalam simpanan Md. Noor juga ialah himpunan wang-wang kertas pelbagai nilai yang tertera tandatangan Gabenor-gabenor BNM termasuk Tun Ismail Mohd. Ali, Tan Sri Abdul Aziz Taha, Tan Sri Jaffar Hussein, Tan Sri Ahmad Mohd. Don, Tan Sri Ali Abul Hassan dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Ditanya bagaimana dia mendapatkan wang-wang lama itu, Md. Noor berkata, dia lazimnya akan bertukar-tukar dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama, bertanya kepada orang-orang tua di kampung-kampung atau membelinya.

Md. Noor mengakui koleksinya belum lengkap dan tidak akan berhenti mencari.

''Saya berasa tidak puas selagi tidak melengkapkannya. Lagi susah mendapatkannya, lagi terasa mencabar dan itulah yang saya suka," katanya sambil memberitahu dia merujuk buku-buku keluaran BNM untuk mengetahui tentang wang-wang lama.


Sumber Berita & Gambar : Utusan Online (www.utusan.com.my)

Tuesday, December 28, 2010

Token : 200 Tahun PDRM (1807 - 2007)





Syiling : Peringatan / Peristiwa
Tema : 200 Tahun Sambutan Penubuhan Pasukan Polis (1807 - 2007)
Nilai Muka : 1 Ringgit
Tarikh Dikeluarkan : 26 Mac 2007
Jumlah Dikeluarkan : 20,000 Keping
Keluaran : The Royal Mint of Malaysia

Monday, December 27, 2010

Buku Rujukan No. 3 : Malaysia Banknotes & Coins (3rd Edition, September 2006)



Tajuk Buku : A Complete Educational Reference "Malaysia Banknotes & Coins" (3rd Edition, September 2006)
Bahasa : Bahasa Inggeris
Penulis : K.N. Boon
Penerbit : Trigometric Sdn Bhd
Jumlah Muka Surat : 385

Sunday, December 26, 2010

Token : Pengisytiharan Putrajaya Sebagai Wilayah Persekutuan




Syiling : Peringatan / Peristiwa
Peristiwa : Pengisytiharan Putrajaya Sebagai Wilayah Persekutuan
Tarikh Dikeluarkan : 01 Februari 2001

Saturday, December 25, 2010

Buku Rujukan No. 2 : Malaysia Banknotes & Coins (2nd Edition, November 2005)



Judul Buku : A Complete Education Reference "Malaysia Banknotes & Coins (2nd Edition, November 2005)
Bahasa : Bahasa Inggeris
Penulis : K.N. Boon
Penerbit : Trigometric Sdn Bhd
Jumlah Muka Surat : 258

Friday, December 24, 2010

Buku Rujukan No. 1 : Sejarah Matawang Malaysia 1957 - 2007



Judul Buku : Buku Panduan Matawang Malaysia "Sejarah Matawang Malaysia 1957 - 2007"
Penerbit : Jabatan Warisan Negara; Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia.
Jumlah Muka surat : 141

Thursday, December 23, 2010

Token : Pertabalan SPB YDP Agong XIII (26 April 2007)





Nama Syiling : Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII
Negara : Malaysia
Tahun : 26 April 2007
Jumlah Kuantiti Dikeluarkan : 10,000 Keping
Bahan : Nordic Gold Coin

Token : Pertabalan SPB YDP Agong XII






Syiling : Peringatan / Peristiwa Penting
Perkara : Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin
Tarikh Dikeluarkan : 22 April 2002
Jumlah Dikeluarkan : 100,000 Keping
Pengeluar : Royal Mint of Malaysia

Berita : Syiling Emas Tahun 1755




Sumber Berita : The Star (15/01/2005)

Wednesday, December 22, 2010

Spirit of the Coins

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini adalah blog yang aku wujudkan bagi berkongsi kegilaan aku pada hobi mengumpul duit syilling (coins). bukan niat mahu menunjuk2, apatah lagi menunjuk pandai mengenai hobi ini. sejujurnya aku masih baru dalam dunia mengumpul coins ini, baru beberapa tahun. dari mengumpul coins, aku kumpul juga token, dan sekarang dah berjinak2 juga dengan duit kertas.

macam aku beritahu, aku bukanlah pengumpul tegar. aku kumpul bila ada wang lebih, bila ada kesempatan, bila ada minat dan bila aku suka. aku tidak hanya menumpu pada coins yang mahal, bernilai tinggi, tulen atau cantik. aku kumpul kerana aku sukakan bentuk, hiasan, peristiwa dan cerita yang hendak disampaikan melalui coins itu. aku tidak peduli sama ada ia tulen, replica atau palsu. cukuplah sekadar ianya cantik dan bernilai dimata aku. pun begitu, jika aku hendak membeli sesuatu coins, mana mungkin aku membayar harga yang tinggi untuk coins replica atau palsu.

aku mengalu2kan persahabatan, perkongsian maklumat, teguran dan sebagainya dari rakan2 yang turut meminati hobi ini. coins dan duit kertas yang aku siarkan adalah dari koleksi peribadi. jika ada yang berminat membelinya atau menukarkannya dengan koleksi mereka, hubungi aku di damak_76@hotmail.com

selamat dirasuk oleh kuasa syiling.